BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 20, 2012

Tergerak hati aq nk menulis post ni . .
Terasa sedihnya hati aq saat aq sendiri tidak pasti adakah si dia juga mencintai aq sebagaimana aq mencintai dia . Sedihnya rasa hati bila layanannya kepada aq dingin sedangkan layanan dia terhadap gurl lain mesra . Aq cuba tuk tidak cemburu . 'Ah ! kawan dia je 2 . relex r beb . xyah nk jeles ' . Seringkali aq dendangkan ayat itu dalam kepala aq untuk meyakinkan aq yang dia juga mencintai aq sebagaimana aq mencintai dia .

Ya allah , peritnya hati ni bila terpaksa menipu diri sendiri . Sayang , adakah kau juga mencintai aq sebagaimana aq mencintai dikau ? jawab la . Andai sudah pudar rasa cinta dalam hatimu , aq minta lepaskan lah aq daripada kau berterusan menyeksa batin aq . Aq sedih apabila mengenangkan kisah cinta kita yang xde kesudahan . Apakah kau tidak penat mengajar aq erti kerinduan sebegini ? Adakah kau tidak penat menghukum hati aq begini ? adakah kau tidak penat melihat saban hari aq menangis kerana terkenangkan sikap dikau ? Mengerti lah hati ini sayang . Fahamilah jiwa ini .

1.Siapa yang ganggu hatimu ?
xda sapa yang ganggu hatiku . Hanya dikau di hatiku .

2.Siapa yang rampas cintamu ?
tiada siapa yang rampas cintaku . Hanya dikau yang boleh mendapat cintaku .

Katakan padaku , biarlah jelas segalanya . . .

3.Siapa yang sedang kau sayang ?
tiada siapa yang aq sayang melainkan dirimu seorang .

4.Siapa yang sedang kau buru ?
tiada siapa kerna aq memburu cintamu . Hanya dirimu .

Berterus teranglah dari kau terus menyeksaku . . .
Aq tidak menyeksa dirimu . Dikau yang memaksa aq berkelakuan sebegini .


Andai saja jawapan di atas benar-benar ikhlas datang dari hatimu yang paling dalam , aq lah insan yang paling bahagia . Akan tetapi , aq ragu2 apakah benar jawapan itu yang hatimu ingin berikan . .


*aq rindu , sayang , dan cinta sama kau*

Wednesday, December 14, 2011

~t@nd@-t@nd@ s! d!@ jodoh k!t@~



-->BersikAp beRsAhAjA DaN tidaK BerlakOn,,CoNtOhNyA PeRhAtikAn cArA diA beRpAKaIaN,caRa PeRcAkApAn,CaRa keTaWa seRtA CaRa mAKaN DaN CaRA miNuN.adAkAh Ia SpOnTan DaN TiDaK DiKaWaL AtAuPuN KeLihataN PelIK.KaLaU ia NaMpAk KuRaNg seLeSa deNGaN gaYaNyA,Sah DiA SedAnG beRlAkOn.

-->SeNaNg BeRsAmA WaLaUpUn KiTa seLaLu BeRsAmAnYa,TiDaK BeRaSa bosaN,JeMu atAu teRtEkAn PaDa DiRi Kita maLah akAn MeRasa SeMaKiN Hari semaKiN saYaNg PaDaNyA Dan SeNtIaSa MeRaSa TeNaNg Dan GembIrA biLa BeRsAmAnYa..

-->teRiMa KiTa SeAdAnnyA ApePun kisaH SiLaM yang TeLaH KiTa laKuKAn.

-->sIkAp juJur YaNg DipAmErkaN meNariK HaTi KiTa,KejujuraN bUkAn pERKaRA yANG bOlEh dILAKONkAn,kItA DaPAT mEnGeSYAkI SEsUATu APABiLA DIA mENIpU KItA.

-->pErCaYa MEMpErCaYaI aNtARa Satu saMa Lain TiMbul DArI daLam Hati nuRaNi PaSangaN ItU seNdiRi.

-->BeRkErJaSaMa MeLaKuKaN SeSuAtu Perkara sama AdA PeRkarA remeH atau suKaR.Yang PaliNg pentinG KiTa DaPaT MeLaLuI seMuA Ini DeNgAn MeLakuKaNnYa beRsAmA-saMa.

-->meStilAh MeMaHaMi diRi paSangAnNya ContoHnya seMaSa kiTa beRduka dia menjadi PeNghibur,,apAbIlA kiTa MengAlami kesuSaHaN DiA MeNjAdI peMbAnTu DaN di kAlA kiTa SeDaNg BelEtEr,diA MenjaDi PeNdEnGar.TaK KiRa kiTa SeDaNg GeMBiRa AtAu beRdUkA..DiA seNtIaSa AdA UntuK kita.

-->TaMPiLkAn keLeMaHaN,PaStI DiKaLaNgAn KiTa mEmIlIkI KelEmAhAn DaN KeBuRuKaN TertenTu.TiPuLaH KaLaU seSeoraNg InsaN Mengaku diA InsaN YaNg seMpUrna DaRiPaDa seGaLa suDut.

-->KaTa haTi.ApAbIlA kiTa YakiN DeNgAn PiLiHan HiduP Kita,TaNyAlAh sekaLi laGi AdAkAh DiA DiKuRnIaKan UnTuK KiTa DaN BUaTlAh piLiHaN.

-->(MiMpI)MimpI meMaNg MaInAn TiDUr,JiKa DiA PiLiHan KiTa BuaTlah kePuTuSaN Yang TeRbAiK.

Apa-apa pun yg berlaku,,serahkan cinta anda kepada Allah terlebih dahulu.. InsyaAllah Dia akan mndekatkan jodoh anda. Cinta kepada Allah adalah sebaik-baik cinta atas muka bumi.

#Kekalkan kecintaan anda hanya kepada Allah. Anda akan mndapat jodoh yang terbaik di sebabkan kecintaan anda kepada Allah..#

***cayunk kauowg semua***

Friday, March 18, 2011

Ujian Dari Allah


Jiwa seorang mukmin itu pastinya ditarbiyyah untuk berhadapan dengan pelbagai ujian dan kesukaran. Ada kalanya ujian yang menimpa berbentuk kesenangan – kemewahan hidup, kejayaan dan sebagainya. Kesenangan seperti ini walau dilihat bukanlah sesukar ujian kepayahan dan keperitan hidup, namun hakikat ujian ini tidak kurang cabarannya. Seseorang yang diuji dengan kemewahan hidup, memiliki harta yang melimpah ruah dan kekayaan yang berganda tentu sahaja perlu memikirkan bagaimana dan ke mana perlu disalurkan wang dan harta yang dimiliki. Adakah untuk kegunaan sendiri dan keluarga semata-mata atau terfikirkah untuk menginfakkan ke jalan Allah?

Susah dan Payah

Kesukaran dan kepayahan dalam hidup juga sebahagian dari ujian. Walau nyata berbeza sebagaimana ujian berbentuk kesenangan, realitinya ini adalah ujian, yang akan menguji tahap keimanan seorang hamba. Perjalanan hidup bagi seorang manusia lazimnya akan melalui berbagai cabaran dan dugaan. Untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang insan, memerlukan perjuangan yang berterusan tanpa noktah. Hatta untuk mendapatkan sesuap nasi bagi mengalas perut sekalipun, memerlukan perjuangan, berkorban tenaga dan masa. Itulah perjuangan yang menuntut infiniti pengorbanan.

Allah berfirman kepada malaikat-Nya:"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya

(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a)

Begitu juga ujian kesusahan dan kemalangan yang menimpa diri. Di sinilah ukuran keimanan yang sebenar bagi seorang mukmin.

Kehidupan merupakan satu medan ujian bagi hamba yang beriman, sehinggalah saat dan tikanya lambaian kematian menjelma. Kematian juga adalah sebahagian dari ujian setelah melalui detik perjalanan sebuah kehidupan yang telah ditetapkan. Kematian inilah saat yang tak mungkin dimungkiri dan dihindari walau seorang menteri, pegawai tinggi, hinggalah rakyat biasa. "Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu.

Dialah sang Pencipta. Adalah hak-Nya untuk memberi ujian bagi hamba-hamba-Nya. Dia bebas dan tidak dibawah perintah siapapun dan Dia melaksanakan apa yang Dia kehendaki sesuai Kearifan yang dimiliki-Nya. Tak ada apapun yang dapat memerintah Dia, justru Dialah yang memerintah semuanya - dan Dia memerintah kan kita untuk melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan.

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."
(Surah Al-Ankabut 29: Ayat 2-3)

Thursday, March 17, 2011

Saya Benci OKU...!!


Saya benci perangai OKU. OKU ini dipandang rendah masyarakat. OKU buat kerja apa pun tak pernah sungguh-sungguh. Baru buat kerja sikit dah berhenti separuh jalan.

"Tak mampu," kata mereka.

Memanglah tak ada orang yang suka mahu ambil OKU untuk bekerja dengan mereka. Saya juga sarankan pada teman-teman semuanya supaya janganlah diambil OKU bekerja dengan anda. Mereka hanya bakal menyusahkan anda dengan mereka.

Merungut lebat, kerjanya lambat.

Ya, saya tahu OKU ni banyak kekurangan. Tapi kita yang lain ini juga serba kekurangan. Itukan fitrah manusia. Tiada yang sempurna.

Jadi apa jua dalih yang OKU beri, sama sekali tak boleh diterima!

Sudah malas, banyak pula alasannya.
Apa? Kalian kata saya kejam? Kurang sensitif? Kurang ajar? Kurang asam? Tak ada adab?

Sabar, sabar, sabar dulu...

OKU itu hanyalah satu gelaran, tapi gelaran itu bukanlah mutlak pada satu milikan.

OKU yang saya katakan bukanlah mereka yang tak berkaki tak bertangan. Tapi pada mereka yang kerjanya, hidupnya tiada kesungguhan. Mereka ini tidak lain tidak bukan, hanya mahu hidup bersenang-senangan tanpa mahu mengenal erti kepayahan.

Keliru? Masih rasakan saya zalim tak berhati perut?

Tak mengapalah. Kita semua ada pendapat sendiri. Ini pendapat saya. Kata-kata saya sendiri, dan saya bercakap ini melalui pengalaman dan dari apa yang saya perhati. Kalau kalian tak bersetuju, sila sahaja nyatakan. Tapi saya akan terus tetap dengan pendirian...

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu.

* OKU - Orang Kurang Usaha itu memang hanya menyusahkan!

Akal vs Nafsu

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada petukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal" (Ali'Imran 190)

Akal Membezakan Manusia dengan Haiwan

Akal yang mengatasi Nafsu adalah Akal yang Hebat. Akal yang diatasi oleh nafsu adalah akal yang lemah sehingga boleh menyebabkan manusia bertindak seperti haiwan yang hanya bernafsu.

LIMA Tanda Zahir:

1. Diam diri.

2. Menahan marah.

3. Merendah diri.

4. Peramah.

5. Berbuat amal soleh.

LIMA Tanda Batin:

1. Berkata-kata dengan kebajikan.

2. Berbuat ibadat.

3. Sentiasa takut kepada Allah SWT.

4. Memuhasabah dosa dirinya ( Agar timbul perasaan untuk bertaubat).

5. Menghina dirinya kepada RabbulJalil ( walaupun manusia sebaik-baik kejadian tetapi manusia sering melakukan dosa).

Awas...!! Waktu Senja


Dari Jabir r.a katanya:"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja."(Riwayat Muslim)

Waktu senja adalah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul tujuh malam) iaitu ketika hari hampir akan malam.

Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat maghrib. Maka adalah tidak wajar pada ketika tersebut anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya.
Photo by: DeynaRashid

Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya". [Riwayat Bukhari]

Thursday, March 25, 2010

Dosa Tanpa Taubat

Satu artikel yang menarik untuk saya kongsikan di sini. Pabila kita memikirkan mengenai perihal taubat ini cukup menginsafkan diri dan menyedarkan diri ini betapa banyak dosa yang telah di lakukan dalam kehidupan sehari-hari yang agak terbuka dan luas kawalannya. Justeru, tidak hairanlah diri ni begitu sukar membentuk peribadi yang pekerti mulia kerana kelemahan rohaniah yang ada pada segumpal darah dalam badan ini..iaitu HATI...

HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjaditempat Allah membuat peilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.

Hati perlu dijada dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak,sskit,buta,keras, dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata,telinga,mulut,kaki,tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan dalam hadia
Rasulullah bermaksud:
"Siapa yang melalakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah:

Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifin).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati menjadi keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang samada masuknya nur iman.

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahakan kebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpansar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.

"Dan ada juga antaranya yangt jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah, ayat 74). Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pn kadang kala boleh mengalirkan air dan bolah terpecah kerana amat takut takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Persoalannya sekarang, kenapa hati mati?
Hati itu mati disebabkan perkara berikut:

Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor,hitam,keras,sakit,buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir)...

Wassalam..
Kebencian tidak dapat dimusnahkan dengan kebencian..
melainkan dengan kasih sayang...

Tuesday, January 12, 2010

CINTA kepada ALLAH sangat berbeza segala-galanya.
Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan,hnya cinta
kepada ALLAH membawa kedamaian. Saat cinta insan membawa
kehancuran, hanya kepada ALLAH membawa kebahagiaan.
Sebaliknya, cinta kepada ALLAH adalah sebenar-benar cinta hakiki
yang pasti membawa bahagia tika di dunia dan di akhirat.

Kerana itulah, apabila kekuatan cinta kepada ALLAH melebihi
segala-galanya,manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan
kegagalan cinta sesama insan. Dan kecintaan yang mendalam
kepada ALLAH tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru
untuk melafazkan kata cintanya kepada orang yang tersayang.

Namun, kadang kala kesedaran ini sukar di terjemah dalam ayat
biasa,lantas golongan remaja terutamanya,gagal untuk memahami
pengertian cinta kepada ALLAH itu sebenarnya. Cinta kepada insan
lebih kepada sesuatu yang melalaikan,sedangkan cinta kepada
ALLAH bakal memberi ketenangan,kedamaian dan kebahagiaan.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan memiliki
perasaan cinta yang amat indah,ingin mencintai dan dicintai dan
mahu cinta mereka diakhiri dengan perkahwinan.

Tetapi cinta yang indah itu kadang kala sangat menakutkan.
Kerana kegagalan cinta yang menjadikan insan merana dan berasa hidup
sudah tidak bermakna. Maka,jadilah cinta itu sebagai kepahitan
yang begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan.

Sunday, December 20, 2009

Colours in the horizon turn so lovely and bright,
The night will fall making the world so dark,
The moon angel shower me with its gentle light,
To the ship i sail and the brave might night!

MENCARI REDHA ILLAHI



I made this widget at MyFlashFetish.com.