BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 25, 2010

Dosa Tanpa Taubat

Satu artikel yang menarik untuk saya kongsikan di sini. Pabila kita memikirkan mengenai perihal taubat ini cukup menginsafkan diri dan menyedarkan diri ini betapa banyak dosa yang telah di lakukan dalam kehidupan sehari-hari yang agak terbuka dan luas kawalannya. Justeru, tidak hairanlah diri ni begitu sukar membentuk peribadi yang pekerti mulia kerana kelemahan rohaniah yang ada pada segumpal darah dalam badan ini..iaitu HATI...

HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjaditempat Allah membuat peilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.

Hati perlu dijada dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak,sskit,buta,keras, dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata,telinga,mulut,kaki,tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan dalam hadia
Rasulullah bermaksud:
"Siapa yang melalakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah:

Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifin).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati menjadi keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang samada masuknya nur iman.

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahakan kebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpansar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.

"Dan ada juga antaranya yangt jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah, ayat 74). Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pn kadang kala boleh mengalirkan air dan bolah terpecah kerana amat takut takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Persoalannya sekarang, kenapa hati mati?
Hati itu mati disebabkan perkara berikut:

Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor,hitam,keras,sakit,buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir)...

Wassalam..
Kebencian tidak dapat dimusnahkan dengan kebencian..
melainkan dengan kasih sayang...

MENCARI REDHA ILLAHI



I made this widget at MyFlashFetish.com.