BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 12, 2010

CINTA kepada ALLAH sangat berbeza segala-galanya.
Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan,hnya cinta
kepada ALLAH membawa kedamaian. Saat cinta insan membawa
kehancuran, hanya kepada ALLAH membawa kebahagiaan.
Sebaliknya, cinta kepada ALLAH adalah sebenar-benar cinta hakiki
yang pasti membawa bahagia tika di dunia dan di akhirat.

Kerana itulah, apabila kekuatan cinta kepada ALLAH melebihi
segala-galanya,manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan
kegagalan cinta sesama insan. Dan kecintaan yang mendalam
kepada ALLAH tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru
untuk melafazkan kata cintanya kepada orang yang tersayang.

Namun, kadang kala kesedaran ini sukar di terjemah dalam ayat
biasa,lantas golongan remaja terutamanya,gagal untuk memahami
pengertian cinta kepada ALLAH itu sebenarnya. Cinta kepada insan
lebih kepada sesuatu yang melalaikan,sedangkan cinta kepada
ALLAH bakal memberi ketenangan,kedamaian dan kebahagiaan.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan memiliki
perasaan cinta yang amat indah,ingin mencintai dan dicintai dan
mahu cinta mereka diakhiri dengan perkahwinan.

Tetapi cinta yang indah itu kadang kala sangat menakutkan.
Kerana kegagalan cinta yang menjadikan insan merana dan berasa hidup
sudah tidak bermakna. Maka,jadilah cinta itu sebagai kepahitan
yang begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan.

MENCARI REDHA ILLAHI



I made this widget at MyFlashFetish.com.